Fullamak
Agihan BR1M Bermula Besok 26 Feb

Agihan BR1M Bermula Besok 26 Feb

Penerima boleh mula menyemak akaun bank masing-masing esok dan bantuan akan diagihkan dalam tiga fasa, iaitu bulan ini, Jun serta Ogos.

Tahun ini, kira-kira RM6.3 bilion diperuntukkan bagi pengagihan kepada kira-kira tujuh juta penerima BR1M di seluruh negara.

Penerima boleh mula menyemak akaun bank masing-masing esok dan bantuan akan diagihkan dalam tiga fasa, iaitu bulan ini, Jun serta Ogos.

Penerima berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan mendapat bantuan berjumlah RM1,200, penerima isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 (RM900), serta penerima individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah (RM450).

Peserta program eKasih dengan pendapatan RM1,500 dan ke bawah turut menerima bantuan BR1M.

BR1M diperkenalkan kerajaan sejak 2012 untuk meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah dan merapatkan jurang pendapatan di Malaysia.

Sumber: Berita Harian Online

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.