Fullamak
Akhyar Rashid Sah Menjadi Milik Johor Darul Ta’zim

Akhyar Rashid Sah Menjadi Milik Johor Darul Ta’zim

Akhyar Rashid antara pemain pilihan yang akan bersama-sama dengan pasukan JDT untuk mengharungi Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC musim hadapan. Menerusi video klik daripada portal Johor Southern Tigers, memaparkan kedatangan pemain baharu iaitu Akhyar Rashid ke JDT.

WELCOME TO JDT

Welcome To JDTHidup Johor Demi Johor#HarimauSelatan#SouthernTigers#PermataSelatan#JewelOfTheSouth#JDTuntukSemua#JDTforAll

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, 28 December 2018

Sebelum ini, menerusi portal rasmi FAM menyatakan keputusan rayuan KFA telah ditolak dan keputusan Jawatankuasa Status FAM tersebut adalah dikekalkan. Hal ini mengenai tuntutan daripada KFA terhadap Muhammad Akhyar untuk penamatan kontrak pemain melalui tebus kontrak telah diterima sepenuhnya dan beliau dibenarkan untuk menebus kontraknya bersama KFA dengan bayaran nilai tebus kontrak sebanyak RM210,000.00

Sebagai bayaran tambahan kepada KFA, mana-mana pasukan baharu yang menandatangani kontrak bersama beliau seterusnya dikehendaki membayar sebanyak RM75,000.00 kepada KFA untuk nilai pampasan latihan.

Jumlah RM75,000.00 pula adalah dibuat berdasarkan kos latihan, kategori kelab yang telah ditetapkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), iaitu mengikut Artikel 8: Pengiraan Pampasan Latihan Peraturan Status & Perpindahan Pemain FAM.

Sumber: FAM, JDT Facebook

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.