Fullamak

Banyak Lagi Makanan, Kenapa Mesti Daging Babi? Bekas Pengarah Urusan MAS Akhirnya Bersuara

Syarikat penerbangan antarabangsa Malaysia Airlines (MAS) perlu lebih peka dalam menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Presiden Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut), Mohd Ridzuan Shaari berkata, ia bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

” Walaupun telah mengeluarkan permohonan maaf, kita harap MAS akan lebih peka terhadap isu ini.

” Kejadian yang disifatkan sangat memalukan itu tidak patut berulang terutama ketika Malaysia menjadi rujukan kebanyakan dunia khususnya negara-negara Islam dalam soal pembangunan produk makanan halal.

” Banyak lagi produk makanan Malaysia yang boleh diuar-uarkan kepada pelancong luar, kenapa daging babi?” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Terdahulu, syarikat itu menjadi perhatian susulan promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalahnya, Going Places keluaran Januari 2019.

Iklan mempromosi makanan dan gambar didakwa daging babi yang diterbitkan dalam majalah tersebut menjadi tular dalam media sosial sehingga mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Bagaimanapun, MAS tampil memohon maaf ekoran promosi makanan yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu menyinggung perasaan orang ramai.

Malaysia Airlines (MAS) memohon maaf berhubung promosi makanan yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu, Going Places keluaran Januari 2019 dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Menerusi satu kenyataan, pihaknya menyediakan perkhidmatan penerbangan ke destinasi antarabangsa yang terdiri daripada pelbagai jenis penumpang.

“ Dalam iklan majalah, Going Places edisi Januari lalu memaparkan restoran yang menyediakan pelbagai jenis masakan sebagai sebahagian daripada menu mereka.

“ Foto itu mempamerkan potongan daging lembu wagyu dan juga sotong. Seperti mana majalah gaya hidup lain, ulasan restoran itu adalah untuk mempromosikan kedai makan kepada penumpang daripada seluruh dunia.

” Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan ulasan itu langsung tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana penumpang,” katanya.

Bekas Pengarah Urusan MAS , Tan Sri Abd Aziz Abdul Rahman berkata, oleh itu insiden promosi makanan dan gambar daging babi yang diterbitkan dalam iklan majalah syarikat penerbangan itu, Going Places keluaran Januari 2019 disifatkannya sebagai tidak wajar kerana MAS membawa imej kebangsaan.

“ Kita sebagai jenama nasional, kalau syarikat lain tak apa. Ini sebagai jenama negara, kita hendaklah jaga kehormatan negara dari segi undang-undang dan sebagainya jadi kita ini negara Islam itu tidak membawa imej negara Islam sebagai agama rasmi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas iklan hidangan babi yang disiarkan dalam ruangan Restaurant Openings dalam majalah yang diterbitkan MAS, Going Places keluaran Januari 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share

Sumber Sinarharian

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.