Fullamak
Cara Nora Danish Dan Nedim Menyambut ‘Hari Natal’, Ditegur Netizen

Cara Nora Danish Dan Nedim Menyambut ‘Hari Natal’, Ditegur Netizen

Semalam nora danish telah memuat naik sebuah video yang memaparkan Nedim sedang memasak sempena cuti hari natal. Dengan mengenakan topi santa berwarna merah Nedim disapa isterinya yang memanggilnya dengan nama “santa”.

Menerusi komen yang ditinggalkan oleh netizen, rata-rata mengecam tindakan yang dilakukan oleh Nedim yang umpama menyambut perayaan tersebut.

Marry Christmas Guys!

Posted by Lubokviral.com on Monday, 24 December 2018

Pada awalnya tiada apa yang perlu dipertikaikan oleh pasangan ini apabila mengenakan topi tersebut, sehinggalah admin menjumpai dalil berkenaan hukum memakai topi santa berwarna merah ini, admin rasa apa yang cuba disampaikan oleh netizen mempunyai asas.

Apa hukum memakai topi santa berwarna merah?

Agama |slam merupakan agama yang menitikberatkan toleransi antara pengikutnya dan penganut agama lain. Namun, dalam masalah yang berkaitan dengan soal akidah, perkara ini adalah lebih utama. Berdasarkan kepada perbahasan yang telah diletakkan, kita dapat melihat penyelesaian kepada permasalahan adalah seperti berikut :

1. Ha ram menyambut perayaan orang ka fir disebabkan kesalahan akidah yang dianuti oleh mereka. Secara umumnya, perkara ini disamakan seolah-olah kita turut sama menyokong pendirian dan pegangan mereka.

2. Dibolehkan memberikan ucapan atau tahniah pada hari kebesaran mereka dengan syarat bukan disebabkan kita berasa redha dengan perayaan ini tetapi ingin menjaga hubungan kemasyarakatan dalam sebuah komuniti.

Yang paling penting ialah pendekatan yang digunakan oleh umat |slam dalam mendepani masyarakat berbeza bangsa dan agama dalam sesebuah kawasan. Cara ini perlu diberikan perhatian supaya |slam itu dapat diperlihatkan wajahnya yang indah dan kefahaman tentang suatu peristiwa itu dapat diperbetulkan.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Surah al-Maidah: ayat 2)

Memakai topi merah mengikut pandangan awam adalah seperti kita meraikan syiar mereka dan boleh menimbulkan fitnah. Sebaiknya, kita cuba usahakan untuk tidak memakai topi tersebut sekalipun ianya tidak menjejaskan akidah kita.

Lihat apa komen yang ditinggalkan netizen di laman insta Nora. Banyak yang mengecam disamping ada juga yang menasihati.

Namun selepas disemak semula, tiada lagi video tersebut di laman instagram Nora. Nampaknya apa yang dikongsikan oleh netizen memberi kesan positif kepada beliau. Alhamdulillah, semoga pasangan ini berada dalam lindunganNya dan sentiasa istikomah dalam menjalani kehidupan berkeluarga.

Kredit: LubokViral

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.