Fullamak
Disebalik Viral Kehilangan Anak Di Paradigm Mall, Buat Netizen Meremang

Disebalik Viral Kehilangan Anak Di Paradigm Mall, Buat Netizen Meremang!

“Saya nak tengok semua rakaman CCTV sekarang. Tolonglah, terima kasih,” demikian kata seorang lelaki yang gelisah selepas mendapati anak perempuan berusia tiga tahun hilang.

Dalam kejadian di pusat beli-belah Paradigm Mall Johor Bahru, lelaki berkenaan meminta pihak pengawal keselamatan mencari anaknya yang telah hilang.

Bagaimanapun, salah seorang ahli keluarganya tampil memaklumkan kanak-kanak perempuan itu telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

“Assalamualaikum kepada semua yang berada di Paradigm Mall JB petang tadi yang membantu mencari anak yang hilang.

“Alhamdulillah dan syukur anak telah dijumpai. Kami mengucapkan terima kasih pada yang membantu dan terlibat dalam usaha mencari pada petang tadi. Terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga,” kata Atiq Khairy.

Orang ramai dinasihatkan tidak leka dan sentiasa berwaspada apabila membawa anak kecil ke tempat yang dikunjungi orang ramai. Sekiranya perlu, gunakanlah safey harness bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Komen netizen:

Haritu ada seorang sis post pasal bende nie nak jual then ade la sesetengah parents say “nampak mcm binatang peliharaan je buat anak mcm nie kesian plak tengok mcm hamba abdi” bende nie bagus ape untuk yg bergelar parents untuk anak…untuk elakkan bende yg mcm nie anak hilang anak kene curi..


Abam Pengs

Sometimes bkan mak bapak tak aware ank2 kat mane… Da tgk btl2… Eh hilang jugak…. Jgn slahkan abg tu je dia pn manusia…. Smga dpermudahkan.


Farah Hanim Zainudin

Allah pernah duk dlm situasi abg ni. Terlepas pandang kejap je, mcm nk gila cari anak, rupanya menyorok celah rak baju. Jgn ckp cuai kat org, Ada ank yg terlampau aktif sampai tak terkawal, semoga jumpa ank abg ni dgn selamat AMIN.


Jue Hassan

Paradigm Mall JB Dibuka, Netizen Heboh Kerana Dulu Ianya Tapak Kemayan City ‘Berhantu’

Bagi mereka yang tinggal di Johor Bahru, anda pastinya kenal benar dengan sebuah pusat membeli belah terbengkalai yang bernama Kemayan City. Kisah mistik yang menyelubungi bangunan ini selama 10 tahun bagaikan sebuah urban legend yang sering menghantui pelancong terutamanya yang tinggal di luar Johor Bahru.

Semuanya bermula dengan tersebarnya kisah sebuah keluarga dari Singapura yang dikatakan terlihat sebuah pusat membeli belah baru dibuka dan dipenuhi orang ramai yang mengunjungi bangunan tersebut.

Seperti pengunjung lain, keluarga berkenaan telah makan, minum dan sempat shopping di sana. Namun, keesokan paginya barulah mereka sedar bahawa barangan yang dibeli telah bertukar menjadi daun-daun kering. Lebih mengerikan, makanan yang mereka makan pula berkemungkinan cacing, lipas dan cicak! Eww!

Pun begitu, baru-baru ini kecoh apabila Kemayan City yang telah terbengkalai sejak tahun 1998 itu telah dibuka semula pada November lalu dengan nama baru, Paradigm Mall Johor Bahru.

Berkeluasan 1.3 juta kaki persegi, ia dikatakan sebagai pusat membeli belah terbesar di Johor dan menempatkan pelbagai jenis stor jualan seperti Parkson, Village Grocer, Golden Screen Cinema dan juga taman papan luncur, lapor Berita Harian. Hmm macam best…

Rata-rata netizen di Twitter yang masih dibayangi kisah mistik Kemayan City masing-masing berkongsi rasa takut dan berbelah bahagi mereka untuk mengunjungi Paradigm Mall JB.

Malah, sudah ada yang berkongsi pengalaman seram dialami mereka semasa di Paradigm Mall JB tidak lama selepas pembukaan rasminya. Takutnya!

Menurut seorang pengguna Twitter bernama ELY, terbengkalainya Kemayan City pada tahun 1998 itu berpunca daripada berlakunya sebuah tragedi tembak menembak di dalam bangunan tersebut. Disebabkan kejadian itu, Kemayan City yang hampir siap ditutup serta merta.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada cerita ini benar atau tidak.

Apa-apa pun kalau anda kini sedang bercuti di Johor dan tak tahu nak berkunjung ke mana-mana, bolehlah membeli belah di Paradigm Mall JB ini. Bersempena dengan perayaan Krismas tidak lama lagi, mall ini telah siap dihiasi dengan dekorasi menarik buat tatapan pengunjung.

Tapi, kalau ada yang mengalami pengalaman seram semasa berkunjung ke pusat membeli belah ini, bolehlah kongsikan bersama kami. Manalah tahu ada juga pengunjung lain yang alami pengalaman yang serupa dengan anda, kan?

Kredit : celotehsaje

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.