Fullamak
adib thailand mangsa keadaan

Duit Jaminan Adib Sudah Mencukupi – Terima Kasih Rakyat Malaysia

Semalam seorang isteri, Nur Afiqah Baharuddin memohon bantuan orang ramai supaya menghulur walau pun sekadar RM1 untuk dia ikat jamin suaminya yang ditahan di Thailand atas diatas 3 kesalahan iaitu membawa Walkie Talkie tanpa lesen, pas pelancong dan permit kenderaan

Sepatutnya kes diatas, syarikat yang Adib bekerja patut tahu sebelum masuk negara orang. Sekarang ni yang duduk dalam penjara Adib, dah la pertama kali masuk penjara, negara orang pulak tu. Sebab semua kes tu jatuh ke Adib sebab dia pemandu pelancong.

Boss Adib ada bagi duit tapi tak banyak hanya setengah sahaja bukan separuh. Boss kata dia tak mampu kalau banyak sangat sebab perniagaan dia baru berjinak 2 tahun lebih. Jadi sekarang ni kami dah ada separuh dari 51k dan nak cari lagi separuh.

https://www.instagram.com/p/BsFwCJihUE8/

Tetapi pagi ini syukur Alhamdulillah akhirnya kutipan yang diperlukan sudah mencukupi.

Tulisnya di laman Instagram pagi ini, dia cukup terharu dengan pertolongan orang ramai dalam masa yang singkat. Tak mampu nak menjawab whatsapp orang ramai, tetapi dia mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu dalam situasinya sekarang.

Terima Kasih Rakyat Malaysia!

Assalamualaikum semua…

Alhamdulillah kutipan dah mencukupi seperti yang diminta. Fy nak minta izin halalkan yang terlebih andai kata Fy guna untuk perjalanan Fy pergi balik ke songkla untuk keluarkan Adib & belikan barang keperluan Althaf. Insya’allah Fy akan derma dari segi duit atau dari segi barang kering untuk rumah kebajikan jika ada yang lebih. Itu memang niat Fy kalau ada lebih.

Fy nak minta maaf andai kata Fy tak angkat call dan tak reply whatsapp anda semua sebab Fy tak mampu nak jawab satu persatu. Dengan Althaf meragamnya, nak fokus dkt phone pun susah.

Jauh di sudut hati Fy, Fy terharu dengan keprihatinan korang semua. Walaupun kita tak mengenali satu sama lain tapi korang ikhlas bantu Fy tanpa minta dibalas. Tanpa korang Fy tak mampu nak kumpul duit yang diminta.

Fy hanya mampu ucap terima kasih dari awal hingga akhir dan semoga korang dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda dari الله swt. Hanya الله sahaja yang balas jasa korang semua.❤️ Fy minta korang doakan urusan kami minggu depan dipermudahkan & Adib boleh keluar dari situ.

Fy akan update lagi kalau ada info terbaru❣️

Yang ikhlas ,
Fy Baharuddin

❤️TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA YG PRIHATIN❤️

https://www.instagram.com/p/BsMCue1BR7Z/

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.