Fullamak
facebookcoin

Facebook Bakal Melancarkan Cryptocurrency Sendiri

Pada awal tahun 2018, Facebook mengundang kontroversi selepas memaklumkan bahawa Facebook telah menyekat serta mengharamkan sebarang iklan berbayar berkaitan cryptocurrency pada platformnya.

Namun sekarang, nampaknya gergasi teknologi itu sebenarnya sedang develop mata wang digital facebook sendiri.

Satu laporan daripada Bloomberg menunjukkan bahawa Facebook sedang mengembangkan crypto jenis ‘stabilcoin’ – mata wang digital yang ditambat kepada dolar AS.

Seperti namanya, stabilcoins dianggap lebih stabil daripada mata wang lain, seperti Bitcoin.

Laporan itu menunjukkan bahawa mata wang baru ini akan membolehkan pengguna memindahkan wang melalui applikass WhatsApp, yang juga dimiliki oleh Facebook.

Bekas PayPal CEO David Marcus mengetuai Facebook’s blockchain division — Marcus juga adalah bekas board member di crypto exchange Coinbase

Walau bagaimanapun, ia akan menangambil sedikit masa sebelum menjadi kenyataan.

Mengikut maklumat ‘orang yang akrab dengan perkara ini’, Bloomberg berkata: “Facebook masih lagi jauh sebelum melancarkan cryptocurrency, kerana pihak Facebook masih berkerja dalam fasa perancangan strategi, termasuk rancangan untuk mewujudkan sokongan mata wang biasa terlebih dahulu yang akan kemudiannya akan melindungi nilai ‘stabilcoin”.

Berita ini timbul selepas hampir setahun Facebook mengharamkan iklan untuk cryptocurrencies di platformnya kerana mendakwa bahawa iklan cryptocurrencies sering dikaitkan dengan amalan promosi yang mengelirukan atau ada unsur-unsur penipuan.

Sumber: Mirror Online

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.