Fullamak

[Video] Kenderaan Tersadai Selepas Isi Minyak Di Petronas

Mengikut kenyataan Pertronas Dagangan terdapat 20 kenderaan rosak dan tersadai berhampiran Kilometer 7, dekat Lebuhraya Sungai Besi, dekat Serdang, sejak 7 pagi hari ini.

Semua kenderaan berkenaan difahamkan mengalami masalah enjin dan mati secara mendadak selepas mengisi minyak di stesen minyak di lebuh raya berkenaan.

Kejadian ini turut tular di laman sosial mendakwa tangki simpanan petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada juga yang mendakwa ia dimasuki air.

Insiden berkenaan bagaimanapun mendapat respons pantas daripada pihak syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang terjejas.

Maklumat lanjut mengenai kejadian sedang diperoleh dari mangsa, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta pengusaha stesen minyak terbabit.

Posted by Fullamak on Thursday, 27 December 2018

Sumber: Hmetro

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.