Fullamak

Persatuan Nurse Tuntut Linda Rafar Buat Permohonan Maaf Dalam 7 Hari.

KUALA LUMPUR: Sebuah akaun Facebook, Delegation of Nurses (DON), memuat naik notis tuntutan mahkamah kepada anggota kumpulan Elite, Linda Rafar, agar memohon maaf kepada jururawat dalam tempoh tujuh hari.

Notis itu dihantar melalui dua kaedah iaitu pemberian tangan dan secara hantaran ‘avis de réception’ (pos berdaftar).

Notis itu antara lain menuntut permohonan maaf dan gantirugi yang perlu dilaksanakan Linda dalam masa 7 hari.

Prosiding mahkamah akan dimulakan jika Linda gagal berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan.

DON juga memaklumkan dana yang dikumpul mereka sudah mencapai tahap yang diperlukan untuk memulakan tindakan perundangan.

Bagaimanapun, tabung dana perundangan DON masih lagi dibuka untuk mereka yang masih mahu memberi sumbangan.

“Tindakan perundangan ini tidak sama sekali menganggu siasatan dalaman pihak hospital. Ini adalah kerana kes ini tidak berkaitan dengan kejadian yang tular di hospital yang terlibat akan tetapi lebih kepada hantaran viral di Instagram milik selebriti itu sendiri,” entri itu menyebut.

Terdahulu, Linda memuat naik keluhan hatinya terhadap layanan seorang jururawat yang didakwanya biadap di sebuah hospital di Shah Alam ketika merawat ibunya.

Linda Rafar meluahkan rasa kecewa terhadap layanan buruk diberikan sekumpulan jururawat di sebuah hospital di Shah Alam yang menempatkan ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73.

Linda, 40, atau nama sebenarnya Azlinda Rafar berkata, permintaan untuk membantu menukar cadar ibunya yang terkena najis tidak diendahkan dari jam 3 pagi hingga 1.30 petang semalam.

Disebabkan itu, Linda mengambil keputusan dengan membuat aduan dan berjumpa Pengarah dan Timbalan Pengarah Hospital pagi tadi, hari ini.

“Alhamdulillah, pertemuan pagi tadi positif dan mereka turut memanggil ketua jururawat wad berkenaan. Mereka memandang serius aduan ini dan akan menyiasat.

“Saya juga menyerahkan bukti berbentuk gambar dan video membabitkan jururawat terbabit kepada mereka untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas pertemuan itu, mereka terus buat lawatan ke wad. Alhamdulillah, hari ini pesakit di wad itu mendapat layanan istimewa daripada jururawat bertugas. Masing-masing laju buat kerja,” katanya kepada Harian Metro.

Status yang dimuat naik Linda di Instagram Story semalam itu tular hingga mendapat pelbagai maklum balas pengikut.

Kebanyakan mereka berkongsi pengalaman dilalui membabitkan jururawat bertugas.

“Selama mak dalam wad, segalanya berjalan lancar. Ditambah pula saya turut mendapatkan khidmat pembantu bagi membantu kami adik beradik.

“Cuma semalam, saya hanya minta tolong untuk bantu tukar cadar yang terkena najis sebab tangan mak masih ada ‘wire’. Kalau ada bantuan daripada jururawat, ia lebih bagus. Sebab mereka lebih arif. Bukan suruh cuci najis pun. Tapi malangnya permintaan saya tidak diendahkan.

“Lebih kurang jam 1.30 petang baru ada yang datang dalam keadaan yang tak ikhlas sambil tendang pintu dan tong sampah. Apabila saya tularkan perkara ini, pandai pula perli saya. Saya berani kerana benar. Tidak kisahlah orang nak kutuk saya sekalipun,” katanya.

Menurut Linda, tindakannya itu sekali gus mewakili suara hati pesakit dan ahli keluarga yang menerima nasib sama seperti dirinya.

“Selama ini mungkin mereka tak tahu nak mengadu kepada siapa. Jadi, apa saya buat ini buat untuk mak saya saja, tetapi mewakili orang lain yang melalui pengalaman sama di wad itu.

“Jangan ingat kami artis boleh diperlakukan macam itu saja. Kami juga manusia biasa, ada hati, perasaan dan tahap kesabaran,” katanya.

Dalam masa sama, Linda juga sudah membuat laporan polis di Bukit Aman berhubung ugutan diterima daripada seorang individu yang ingin meracun dan membunuh ibunya jika tidak berhenti daripada menularkan isu berkenaan.

“Saya buat laporan atas nasihat polis. Mereka juga akan buat siasatan berkenaan perkara ini.

“Paling penting sekarang, saya mahu jururawat berkenaan minta maaf secara terbuka di laman sosial masing-masing atau berjumpa saya dengan mengakui kesilapan mereka.

“Hari ini saya jumpa mereka lagi. Mungkin syif kerja mereka belum waktunya,” katanya.

Sumber: AstroAwani & Hmetro

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.