Fullamak

[Video] Gunung Berapi Anak Krakatau Sehari Sebelum dan Selepas Tsunami

Letusan gunung berapi Anak Krakatau sehari sebelum tsunami telah berjaya ditangkap oleh kamera dari Agensi Sumber Daya Alam Indonesia.

Letusan gunung berapi Anak Krakatau sehari sebelum tsunami telah berjaya ditangkap oleh kamera dari Agensi Sumber Daya Alam Indonesia.

Bunyi letupan boleh di dengar ketika gunung berapi memancarkan asap dan lava. Gunung berapi terletak di Selat Sunda di antara Jawa dan Sumatera, menghubungkan Lautan Hindi dan Laut Jawa. Para saintis mengatakan tsunami Ahad mungkin disebabkan oleh tanah runtuh gunung berapi yang mengorbankan ratusan penduduk.

Sekurang-kurangnya 280 penduduk maut, ratusan lagi cedera, manakala puluhan bangunan rosak teruk apabila tsunami berlaku tanpa sebarang amaran di Selat Sunda, iaitu antara pulau Jawa dan Sumatera.

Sekumpulan saintis hari ini, mencapai persetujuan, iaitu berdasarkan imej satelit dan pelbagai maklumat yang diperoleh menunjukkan runtuhan pada sebahagian gunung berapi mencetuskan gelombang tsunami terbabit.

[Video]Gunung berapi Anak Krakatau sehari sebelum dan selepas tsunami
Gunung berapi Anak Krakatau sehari sebelum tsunami

Malah, imej yang berjaya dirakam oleh satelit Sentinel-1, milik Agensi Angkasa Eropah menunjukkan terdapat runtuhan besar pada lereng di selatan gunung berapi itu ke dalam laut.

“Tanah runtuh di dalam laut adalah teori utama. Jadi, apabila tanah itu menggelincir masuk ke dalam laut, ia menyebabkan anjakan pada permukaan laut, seterusnya mengakibatkan tsunami,” kata ahli seismologi di GNS Science yang berpangkalan di Wellington, New Zealand, Sam Taylor-Offord.

Bagaimanapun, katanya, kekurangan data dan akses ke lokasi kejadian, menyukarkan usaha untuk mengesahkan teori terbabit.

Gunung berapi Anak Krakatau sudah memuntah debu dan lahar sejak beberapa bulan lalu. Ia juga dilaporkan meletus kira-kira 24 minit sebelum tsunami melanda pulau Jawa.

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.