Fullamak
Video Pasangan Ibu Bapa Mendera Anak Perempuannya Menimbulkan Kemarahan Netizen.

Video Pasangan Ibu Bapa Mendera Anak Perempuannya Menimbulkan Kemarahan Netizen.

Sebuah video pendek pasangan ibu bapa dari Shenzhen di Wilayah Guangdong Selatan China bergilir mendera secara fizikal keatas perempuan mereka telah mencetuskan kemarahan netizen, menurut laporan China Central Television pada hari Selasa.

Ibu bapa tersebut telah mengaku setelah polis Shenzhen mula menyiasat kes itu pada 23 Disember, Persekutuan Wanita di daerah itu juga telah memohon kepada mahkamah bagi mendapatkan perintah keselamatan secara peribadi untuk gadis itu.

Video viral tersebut menunjukkan ibu gadis tersebut menggunakan kekerasan mencekik anak perempuannya serta menolaknya ke lantai, seolah-olah tanpa sebab kerana dapat dilihat gadis itu sedang melakukan kerja sekolah.

Selepas gadis tersebut bangun dan duduk, dapat dilihat ibu tersebut terus melakukan kekerasan menggunakan penyapu sebagai alat untuk mendera beberapa saat kemudian.

Dalam Sebuah video klip yang lain, seorang lelaki dipercayai bapa gadis tersebut telah menampar dengan keras dan terus memukulnya dengan menggunakan penyapu

Video penderaan ini telah diedit dan diperolehi daripada aplikasi video pemantauan keselamatan (CCTV) rumah yang kebetulan telah ditemui oleh salah seorang rakan bapa gadis tersebut yang pernah meminjam telefon bimbitnya untuk memeriksa sistem applikasi tersebut.

Gadis malang itu, yang kini dirawat oleh kaunselor psikologi profesional dan akan dibantu oleh pekerja sosial untuk menguruskan rutin seharian selain meneruskan sekolah seperti biasa.

fullamak

Acah² Blogger

Add comment

Jom! Follow

Supaya anda tidak terlepas info viral terkini daripada kami.